Thursday, 10 January 2013

Tuhan Itu Ajaib

Tuhan Yesus Ajaib
 Pasti kita sering melihat pertunjukan silap mata baik secara langsung atau pun melalui skrin televisyen. Para ahli silap mata selalu memberikan hal-hal yang mengejutkan dan luar biasa. Mereka sanggup mengadakan yang tidak ada menjadi ada. Namun semua yang mereka lakukan itu tentunya sudah menguasai helah dan teknik tertentu serta melakukan banyak persiapan.

Bagaimana respons anda tentang kata "AJAIB"? Kata-kata "ajaib" selalu kita dengar apabila ada sesuatu yang mengejutkan. Contohnya, ada pokok mangga berbuah durian, ada orang yang sudah meninggal kemudian hidup kembali dan sebagainya.

Yesus pertama kali melakukan perbuatan ajaib, atau yang di dalam firman disebut dengan "mukjizat" adalah ketika Isa menghadiri sebuah majlis perkahwinan di Kana. Yesus menukar air menjadi wain apabila para pelayan kebingungan ketika stok wain mereka telah habis.

Isa mampu mengadakan yang tidak ada menjadi ada. Isa mampu mengadakan hal-hal yang ajaib tanpa menggunakan sebuah trik. Isa melakukan semua itu kerana Dia adalah Tuhan dari alam semesta. Isa melakukan sesuatu untuk kebenaran dengan kasih, hal ini terbukti bahawa Isa tidak menuruti kehendak iblis untuk mengubah batu menjadi roti saat iblis mencobainya di padang gurun sewaktu berpuasa.

Tuhan Yesus adalah sumber segalanya. Tidak ada yang mustahil bagi-Nya asalkan kita memintaya dengan "benar". Isa itu Allah yang ajaib dan Dia akan melakukan banyak mukjizat dan pemulihan dalam kehidupan kita.
Banyaklah yang telah Kaulakukan, ya TUHAN, Allahku, perbuatan-Mu yang ajaib dan maksud-Mu untuk kami. Tidak ada yang dapat disamakan dengan Engkau! Aku mahu memberitahu dan mengatakannya, tetapi terlalu besar jumlahnya untuk dikira.

Mazmur 40:5

0 Comments
Comments