Ada seorang penggali telaga mendapat sebuah pekerjaan dari seorang pengusaha kaya. Dia diperintahkan undtuk menggali sebuah perigi untuk kampungnya di suatu bukit. Si pengusaha akan memberikan gaji yang besar bila telaga itu sudah boleh berfungsi dengan baik.
Penggali tersebut mengalami kesukaran untuk mencari sumber air kerana villa tersebut terletak pada daerah yang tandus. Sudah puluhan penggali yang gagal mencari sumber air namun penggali yang terakhir ini tidak patah semangat.
Dia beranggapan bahawa bila pokok boleh tumbuh, maka ada air di dalamnya. Entah pada ke dalaman ke berapa, yang pasti ada air di sana. Maka ia pun mula menggali. Lubang sedalam 2 meter pun belum ditemui air, bahkan sampai ke dalaman 10 meter. Air masih nihil namun dia rasakan perbezaan pada dinding-dinding tanah di kawasan sekitar yang terasa lebih sejuk dan hitam dari pada sebelumnya dan ia yakin bahawa sumber air sudah dekat.
Benar saja air itu ditemui pada ke dalaman 20 meter. Di sanalah terdapat sumber air untuk kelangsungan hidup bagi orang-orang yang menghuni sebuah villa. Wang banyak tak berharga bila tidak ada air.
Demikian pula harta dan kekayaan tidak berharga bila kita tidak mencari sumber kehidupan. Sumber kehidupan kita adalah Tuhan Yesus. Semakin dalam kita mencari tentang kebenaran firman Tuhan, maka kita akan semakin melekat pada Yesus. Semakin dalam kita mengasihi sesama maka Tuhan pun juga akan semakin dalam mengasihi kita.
Jadi jika demikian Allah mendandani rumput di ladang, yang hari ini ada dan besok dibuang ke dalam api, tidakkah Ia akan terlebih lagi mendandani kamu, hai orang yang kurang percaya?
Matius 6:30