Sejarah SIB - Sidang Injil Borneo


Disebabkan oleh Perang Dunia Kedua, misi penginjilan sangat terhad, tetapi pada tahun 1927 Borneo Evangelical Mission (BEM) telah ditubuhkan di Melbourne, dan dua tahun selepas itu 3 orang penginjil tiba di Sarawak. Menyedari persaingan yang akan mereka hadapi di bahagian bandar,  mereka membuat keputusan untuk bertumpu di kawasan pedalaman dan menetap dipinggir perkampungan orang-orang Murut (Lun Bawang). Pada tahun 1937, BEM meluaskan pelayanannya ke Borneo Utara British (Sabah). Sementara itu, penduduk Sarawak yang tinggal berdekatan dengan sempadan Borneo Belanda(Kalimantan) juga menerima pengaruh daripada mubaligh-mubaligh dari Amerika Syarikat dan kebanyakkan masyarakat Murut (Lun Bawang) memeluk agama Kristian melalui interaksi dengan leluhur mereka yang tinggal di sebelah sempadan antarabangsa( kawasan Kalimantan).
Mubaligh-mubaligh pertama tiba di perkampungan orang-orang Kelabit yang terletak di dataran tinggi pada tahun 1939, tetapi penahanan orang-orang Eropah semasa perang 
sib_churchhistorymembuka pintu kepada kemunculan pemimpin-pemimpin dikalangan orang tempatan . Apabila mubaligh-mubaligh kembali ke dataran tinggi tersebut pada tahun 1947, mereka mendapati gereja orang-orang Murut bertahan dan kebanyakkan masyarakat Kelabit memeluk agama Kristian melalui usaha  orang-orang tempatan sendiri, termasuk seorang pastor dari Timor, Guru Paul, yang juga dikenali sebagai 
Nimang Tepun. Dengan komitmen yang tinggi untuk membangun kepimpinan orang-orang tempatan, BEM menubuhkan sebuah Sekolah Al-Kitab di pekan Lawas(di Sarawak) untuk melatih guru-guru dan dekan-dekan, dan penterjemahan alkitab kepada bahasa-bahasa tempatan menjadi keutamaan.
Pada tahun 1958, satu langkah simbolik terjadi apabila mereka membuat keputusan untuk menukar nama misi ini dalam bahasa melayu ke “Sidang Injil Borneo” (Borneo Evangelical Assembly). Dengan penekanan dalam melatih pasangan-pasangan yang sudah berkahwin untuk meluaskan misi dan penghijrahan keluar orang-orang Kelabit ke ladang-ladang minyak di Miri dan di merata tempat dalam mencari pekerjaan dan pendidikan, SIB tersebar luas di Sarawak. Walaupun komposisi masyarakat bandar adalah kebanyakkannya terdiri daripada orang-orang Cina, kebanyakkan anggota-anggota SIB terdiri daripada etnik pedalaman. Kepimpinan orang-orang tempatan memainkan peranan yang penting dalam proses penyebaran SIB. Dalam beberapa tahun, sebagai contoh, Amin Gomboting, seorang ranjer hutan yang ditempatkan di pelbagai kawasan di Sabah, telah mendirikan gereja SIB ke mana sahaja dia pergi.
Dengan sokongan padu dari institusi-institusi pengajaran teologi dan penambahan gereja yang berterusan, keanggotaan SIB yang cuma lebih kurang 1000 orang pada tahun 1962 meningkat kepada 75 000 orang pada tahun 1993, dan sesetengah bangunan gereja sekarang boleh memuatkan sehingga 3000 orang jemaah dalam satu kebaktian. SIB juga bertapak kukuh di pusat-pusat bandar seperti mana yang belaku Lawas, Limbang, Miri, Kuching, Sandakan, dan Kota Kinabalu yang mana banyak orang datang dari kawasan pendalaman untuk mencari kerja. Bahkan lebih signifikan dalam hal masa depan SIB ialah pembentukan cabang-cabang baru di Semenanjung Malaysia. Pada tahun 1993, kumpulan kecil orang-orang Malaysia Timur (kebanyakkannya orang Cina) mula bertemu di Kuala Lumpur dan seterusnya SIB Semenanjung ditubuhkan pada bulan November tahun yang sama.
sibkl_churchDi Kuala Lumpur, jemaah SIB berbahasa inggeris telah bertumbuh dari 15 orang pada 1994 kepada 130 orang pada tahun 1998. Pada tahun 2006, SIBKL telah menyewa 3 tingkat di satu gedung di pusat bandar dan mengadakan 3 kebaktian setiap hari Ahad bagi menampung jemaah yang sudah mencecah 1500 orang. Berdasarkan lamanweb rasmi SIBKL, 31 gereja sekarang sudah bertapak di Malaysia Barat (29 Bahasa Melayu, 1 Bahasa Cina, 1 Bahasa Inggeris), termasuk misi dikalangan Orang Asli Kristian di Jerantut. 
Satu perkembangan yang menarik yang mana misi SIB mula berkembang di Thailand, Vietnam, Kemboja, Papua New Guinea dan selatan Filipina, dan ini merupakan satu peluang yang baik bagi jemaah-jemaah SIB untuk memperluaskan pengalaman dalam  melayani pelbagai etnik di negara-negara tersebut.

Buku Sejarah disyorkan.
book_drunk_before_dawn
Terjemahan oleh Woweham Sindeh.
Teks asal boleh dicari di laman web rasmi SIB Sabah.
0 Comments
Comments