Thursday 11 April 2013

Terlalu Berat



Terlalu Berat - Pada suatu hari, Tuhan memerintahkan murid-muridNya untuk memikul salib mereka. Kata Tuhan, "Pikul salib ini dan berjalanlah lurus, Aku menunggu kalian di depan sana. Aku sudah menyediakan sebuah hadiah buat kalian di sana. "Kemudian ke 12 muridNya dengan semangat 45 mengambil salib mereka masing-masing dan mula memikulnya, berjalan lurus ke depan. Masing-masing memikul salib yang panjangnya 5 meter.

Di tengah jalan Petrus merasa bahawa salib yang dia pikut terlalu berat. Dia berhenti sejenak untuk berehat. Sebuah idea muncul ketika Petrus berehat. Dia akan memotong salibnya untuk memperingan bebannya. Dipotongnya kayu salib tersebut 1 meter dan benar, dia

Tuesday 26 March 2013

Wahyu Syurga





oleh Mary K. Baxter
Selepas 30 malam pengalaman ke neraka, Mary Baxter diperlihatkan syurga. Gambarannya termasuklah pesanan dari syurga, hal yang berlaku kepada kanak-kanak dan takhta Allah. Gambaran selayang pandang tentang syurga yang menakjubkan membuatkan anda tertarik dengan keindahan dan kegembiraan yang dinanti-nantikan oleh setiap orang yang mempercayai Kritus.

Teruskan Membaca..


Tuesday 19 March 2013

Bagaimana iblis Menghalang Doa-doa Kita.




Saya ingin berkongsi sebuah kesaksian seorang yang telah diselamatkan, seorang yang telah
berkhidmat untuk iblis. Apabila lelaki ini menceritakan kesaksiannya, saya berasa amat tercabar,
dan enggan mempercayainya. Saya lalu berpuasa selama sepuluh hari untuk Tuhan dan bertanyakan
kepadaNya, “Tuhan, adakah ini benar?” Pada masa itu juga Tuhan mula mengajarkan kepada saya
apa yang berlaku di alam rohani saat kita berdoa.

Klik sini untuk membaca keseluruhannya..



Monday 18 March 2013

Gallery SIB Simpang Entilibon


Berdoa Untuk Malaysia


Doa untuk Pilihan Raya



Umum ke-13 Negara sudah lama menantikan Pilihanraya Umum ke-13, kini ianya di ambang pintu. Sejumlah 222 kerusi Parlimen dan lebih dua kali ganda bilangan kerusi Dewan Negeri akan melalui kehendak rakyat seperti yang dinyatakan melalui undi mereka. Kerajaan yang diundi untuk berkuasa diberikan mandat untuk memerintah dan mentadbir negara untuk tempoh lima tahun. Tanggungjawab untuk mentadbir negara bukan perkara yang remeh. Nasib dan masa depan 28 juta rakyat Malaysia diletakkan di tangan kerajaan
baru. Bagaimana mereka menjalankan pentadbiran dan membuat keputusan akan menentukan masa depan negara. Oleh itu, sebagai rakyat Malaysia dan umat Tuhan, kita mesti bijak dan berhati-hati di dalam membuang undi. Kita juga harus berdoa agar calon yang tepat akan diundi ke dalam kerajaan yang
akan ditubuhkan untuk memberikan kebaikan kepada Gereja dan negara. Dengan pemikiran demikian, kita menyeru Gereja untuk berdoa untuk pilihan raya. Bahan doa  dibahagikan kepada lima fokus penumpuan. Setiap bidang fokus penumpuan berkaitan dengan pilihan raya. Sila pertimbangkan untuk menggunakan panduan doa ini dalam renungan peribadi anda atau kumpulan.