Natal PKK Sidang SIB Simpang Entilibon


02/12/2012, Gereja SIB Simpang Entilibon. Shalom, Salam kasih dalam Yesus Kristus Tuhan kita. Pada tahun  ini PKK SIB Simpang telah mengadakan program Natal PKK Peringkat Sidang Simpang Entilibon yang dikendalikan oleh kepimpinan PKK Sidang yang dipengerusikan oleh Dkn. Laibis Sahanip. Dengan berkat penyertaan Tuhan Yesus Kristus, program ini telah berjalan dengan lancar dan cuaca yang sangat baik.











Pada petang 02/12/2012, AJK pelaksana telah mengadakan sukan bagi sekolah minggu yang mengikuti program ini. Pelbagai sukan yang telah dibuat dengan beberapa katagori, antaranya tiup belon kelas a,b&c lelaki / perempuan, Pancing botol kelas a,b,&c lelaki / perempuan, Pancing botol kelas a,b&c lelaki / perempuan, 100 meter kelas a,b&c lelaki / perempuan dan cari duit dalam tepung kelas a,b&c lelaki/perempuan. kedatangan pengunjung yang terdiri daripada Ibu/Bapa dan juga pemuda pemudi telah memeriahkan lagi aktiviti sukan-nika pada petang tersebut. para pemenang telah diberikan hadiah yang berupa minuman tin dan makanan ringan.

Pada malam 02/12/2012, program Natal PKK telah dilanjutkan dengan makan bersama pada pukul 7.00 pm-7.30 dan diteruskan dengan kebaktian & kebaktian seterusnya mendengarkan kebenaran firman Tuhan yang disampaikan oleh Pst. Julailah Akop. Pelbagai persembahan yang telah dipersiapkan untuk dipersembahkan untuk Tuhan oleh sekolah minggu pada malam itu. Penganugerahan kepada pelajar cemerlang dan semua sekolah minggu yang telah menghadiri natal PKK peringkat sidang juga telah dibuat.

10.50 pm, berakhirnya Natal PKK peringkat sidang SIB Simpang Entilibon dengan ucapan penanguhan oleh Pengerusi PKK SIB Simpang dan seterusnya doa kepulangan oleh Pst. Yanson Selaku Pastor sidang di SIB Simpang Entilibon.

Sekian dan Terima Kasih, Tuhan Memberkati. Semoga Program Sebegini dapat di laksanakan lagi pada Tahun hadapan.

0 Comments
Comments