Doa untuk Pilihan Raya
Umum ke-13 Negara sudah lama menantikan Pilihanraya Umum ke-13, kini ianya di ambang pintu. Sejumlah 222 kerusi Parlimen dan lebih dua kali ganda bilangan kerusi Dewan Negeri akan melalui kehendak rakyat seperti yang dinyatakan melalui undi mereka. Kerajaan yang diundi untuk berkuasa diberikan mandat untuk memerintah dan mentadbir negara untuk tempoh lima tahun. Tanggungjawab untuk mentadbir negara bukan perkara yang remeh. Nasib dan masa depan 28 juta rakyat Malaysia diletakkan di tangan kerajaan
baru. Bagaimana mereka menjalankan pentadbiran dan membuat keputusan akan menentukan masa depan negara. Oleh itu, sebagai rakyat Malaysia dan umat Tuhan, kita mesti bijak dan berhati-hati di dalam membuang undi. Kita juga harus berdoa agar calon yang tepat akan diundi ke dalam kerajaan yang
akan ditubuhkan untuk memberikan kebaikan kepada Gereja dan negara. Dengan pemikiran demikian, kita menyeru Gereja untuk berdoa untuk pilihan raya. Bahan doa dibahagikan kepada lima fokus penumpuan. Setiap bidang fokus penumpuan berkaitan dengan pilihan raya. Sila pertimbangkan untuk menggunakan panduan doa ini dalam renungan peribadi anda atau kumpulan.
Fokus 1 - Gereja
1. Doakan Gereja di Semenanjung, Sabah dan Sarawak.
2. Doakan Gereja yang berada di kawasan pengundian anda.
3. Doakan agar Gereja memiliki keprihatian dan kesetiaan yang besar kepada rakyat negara ini.
4. Doakan agar agar Gereja dicelikkan akan keadaan penuh penyelewengan negara yang membimbangkan.
5. Doakan agar Gereja berusaha kepada kebajikan negara dengan mengundi calon yang amanah dan jujur.
6. Doakan agar Gereja menolak semua calon-calon yang korup.
7. Doakan agar Gereja menolak serta membangkan semua jenis rasuah undi.
8. Doakan agar orang Kristian menjadi agen peninjau, pengira serta pemerhati Pilihan Raya.
Fokus 2 – Pengundi
1. Doakan agar tangan Tuhan menyertai semua pengundi, supaya sikap tidak peduli dihapuskan dan agar ugas sebagi pengundi di ambil secara serius.
2. Doakan agar tangan Tuhan menyertai para pengundi yang berada di kawasan pengundian anda.
3. Doakan agar
mata para pengundi terbuka kepada penyelewengan yang membimbangkan negara.
4. Doakan
agar para pengundi tidak takut untuk menolak calon dan parti yang rasuah, mementingkan
diri dan angkuh.
5. Doakan
agar para pengundi diberi keberanian untuk mengundi calon yang amanah dan
jujur.
6. Doakan agar
para pengundi menentang dan menolak segala jenis rasuah.
7. Doakan agar
para pengundi boleh keluar mengundi tanpa halangan dan kesulitan.
Fokus
3 – Calon-calon
1. Doakan
agar tangan Tuhan menyertai semua calon-calon yang bertanding.
2. Doakan
agar tangan Tuhan menyertai caloncalon yang bertanding di kawasan anda.
3. Doakan agar
calon-calon yang rasuah dan mementingkan diri akan didedah dan ditolak.
4. Doakan
supaya calon yang amanah dan jujur dapat dikenal pasti dan dipilih.
5. Doakan
agar segala usaha para calon yang baik akan mengatasi mereka yang rasuah.
6. Doakan
agar calon-calon terbaik yang bertanding akan diundi ke dalam kerajaan dan negara.
Fokus
4 – Proses Pengundian
1. Doakan
Proses Pengundian di seluruh negara.
2. Doakan
Proses Pengundian di kawasan anda.
3. Doakan
pengundian berjalan dengan selamat dan bebas. Doakan agar tidak ada individu yang
haknya untuk mengundi ditolak melalui kesilapan dan penyelewengan pengurusan.
4. Doakan
Pilihan Raya yang adil. Doakan agar semua calon dan parti yang bertanding
diberikan peluang sama rata untuk berkempen. Doakan juga bagi daftar pemilih
agar tidak ada pengundi “hantu” dan sebarang kemusykilan lain.
5. Doakan
bagi sebuah Pilihan Raya yang adil. Doakan Suruhanjaya Pilihan Raya agar mereka
akan mengambil tidakan ke atas calon dan parti yang menggunakan rasuah dan
penyelewengan. Doakan agar semua orang mengatakan “TIDAK” kepada politik wang.
6. Doakan
agar rasa takut akan Tuhan ke atas para pegawai SPR supaya mereka berlaku
tekun, adil dan teguh.
7. Doakan
para sukarelawan yang bertugas sebagai agen pengundian dan pengira undi (PACA).
Doakan agar bilangan sukarelawan PACA akan mencukupi di setiap stesen undi.
Doakan agar mereka sentiasa berwaspada, memperhatikan serta berani di dalam
memastikan sebarang usaha mengacaukacirkan proses pengundian dibanteraskan.
8. Doakan
para pemerhati Pilihan Raya (MAFREL). Doakan agar adanya bilangan sukarelawan
yang mencukupi untuk menjaga stesen undi yang penting. Doakan agar mereka diberikan
laluan bebas oleh SPR ke dalam stesen pembuangan undi sebagai pemerhatian.
Fokus
5 – Kerajaan yang akan
ditubuhkan
1. Doakan
agar tangan Tuhan beserta Kerajaan yang akan ditubuhkan.
2. Doakan
agar Kerajaan yang akan ditubuhkan supaya diterajui dan diwakili oleh calon
yang amanah dan jujur, berjuang bagi negara dan rakyat.
3. Doakan
agar Kerajaan yang akan ditubuhkan untuk memerintah dan menguruskan negara dengan
kejujuran, kerendahan diri, integriti, keadilan dan kebenaran.
4. Doakan
agar Kerajaan yang akan ditubuhkan akan membasmi undang-undang yang tidak adil
lagi menekan.
5. Doakan
agar Kerajaan yang akan ditubuhkan supaya menolak dan membasmi penyelewengan
dan pencabulan kuasa.
6. Doakan
agar Kerajaan yang akan ditubuhkan akan mendukung Perlembagaan Persekutuan di
dalam semangatnya serta berjuang untuk mempertahankan hak-hak rakyat.
__
Bangkitlah menjadi berkati
untuk negara kita!
__