Doa untuk Pilihan Raya
Umum ke-13 Negara sudah lama menantikan Pilihanraya Umum ke-13, kini ianya di ambang pintu. Sejumlah 222 kerusi Parlimen dan lebih dua kali ganda bilangan kerusi Dewan Negeri akan melalui kehendak rakyat seperti yang dinyatakan melalui undi mereka. Kerajaan yang diundi untuk berkuasa diberikan mandat untuk memerintah dan mentadbir negara untuk tempoh lima tahun. Tanggungjawab untuk mentadbir negara bukan perkara yang remeh. Nasib dan masa depan 28 juta rakyat Malaysia diletakkan di tangan kerajaan
baru. Bagaimana mereka menjalankan pentadbiran dan membuat keputusan akan menentukan masa depan negara. Oleh itu, sebagai rakyat Malaysia dan umat Tuhan, kita mesti bijak dan berhati-hati di dalam membuang undi. Kita juga harus berdoa agar calon yang tepat akan diundi ke dalam kerajaan yang
akan ditubuhkan untuk memberikan kebaikan kepada Gereja dan negara. Dengan pemikiran demikian, kita menyeru Gereja untuk berdoa untuk pilihan raya. Bahan doa dibahagikan kepada lima fokus penumpuan. Setiap bidang fokus penumpuan berkaitan dengan pilihan raya. Sila pertimbangkan untuk menggunakan panduan doa ini dalam renungan peribadi anda atau kumpulan.